Thursday, November 4, 2010

Sambutan Hari Deepavali - 04.11.2010

Esok kaum India yang beragama Hindu akan menyambut perayaan Hari Deepavali. Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali. Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan cuti am bagi semua negeri di Malaysia. Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" membawa maksud cahaya manakala perkataan "Gavali" bererti barisan. Deepavali juga dikenali sebagai pesta cahaya. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam Kalendar Tamil bersamaan bulan Oktober dan November.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishna. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Kebiasaannya pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan melakukan upacara mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat mereka. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu ada hiasan yang dinamakan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran (beras) pelbagai warna. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan Dewi Lakshmi iaitu Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah-rumah yang mempunyai hiasan "kolam" sahaja di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

No comments: